Tuesday, 29 September 2009

Monolog...#8

She lose someone that cares so much...

She lose her spirit away...

She never thought that he will treat her badly....

She can't believe that he cannot accept her weaknesess....

She knows that he is egoist...

She hates him...

Ketuk2 Resepi...

Berangan-berangan sambil melepaskan penat lelah seharian bekerja membuatkan perut menjerit-jerit kelaparan minta diisi...mood raya masih menerjah dalam fikiran ke-estreem-an untuk mencari-cari resepi baru hari ini.....apa yang perlu aku masak?sambal tumis udang?masak tempoyak ikan keli?ataupun asam pedas ayam?

Pemanduanku sekadar merangkak-rangkak mencelah-celah trafic yang sentiasa sesak...kenapa dan mengapa?ahh..biarkan begitu...terasa sunyi dan bosan pula kalau jalan itu sentiasa tenang! tiada ke-estreem-an nya...barulah seharian kepenatan itu amat berbaloi...

Mahu kemanakah aku petang itu?Tesco atau Econsave?emm aku fikir lebih baik ke Econsave sahaja....sempit tapi senang untuk mencari barang yang aku mahu...mata menjalar-jalar lalu aku terpandang daging kambing....aku xpernah masak daging kambing....perlukah aku mencuba? Si PT yang memang suka makan kari kambing mendesak aku untuk mencuba resepi baru bagi aku itu......

Cabaran pun bermula.....Sekali sekala mencuba sesuatu yang baru memang best...emm aku sebenarnya tidak selalu makan daging kambing nie..cuba masak kari kambing ala mamak... hehehhe 1st time masak kari xguna santan...takut gak xsedap nanti....tapi alhamdulillah licin jer Si PT makan...siap bertambah lagi...hehehhehe...

Inilah hasilnya ke-adventure-an aku semalam....nak try makan...leh SMS atau email aku....nt aku leh buat business mangkuk tingkat lak....hehehehhe....






Thursday, 17 September 2009

Salam Syawal


Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.


Pasang pelita di aidilfitri

Nampak halaman berseri-seri

Kata2 indah diberi pengganti diri

Silap salah mohon dimaafi.....


Laungan takbir bergema dipagi hari

Memecah sunyi keriangan di seri

Blog pengganti kad raya dan diri

Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi dihujung jari....


SALAM AIDILFITRI....

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, 10 September 2009

Monolog...#7

naper susah sgt dia nk faham?
aku xtau la naper sampai skang dia xfaham2....
mungkin aku perlu buat sesuatu sampai dia faham....
tapi aku xtau cara untuk buat dia betul2 faham....
huhuhu aku sendiri pun xfaham....

naper dia buat aku camtu?
dia nak apa yang aku nak...
aku xnak apa yang aku nak dia nak...
tapi apa yang patut aku buat supaya dia xdapat apa yang aku nak?
patut ker aku buat?

naper aku geram sesangat ngn dia?
tapi aku xleh buat apa2 kat dia...
dia punca segala2nya....
aku terpaksa berpura-pura aku suka...
walaupun hakikatnya....aku benci amat padanya...
siapakah dia sebenarnya?
mengapa dia dianggap terlalu istimewa?

aku harap dia akan pergi jauh...
aku xsanggup nk berdepan ngn dia lagi...
aku takut aku terus hidup dalam kepura-puraan....
sebab itu bukan diri aku sebenarnya.....

Tuesday, 8 September 2009

Layan Tag Dayah....

Bekas kekasih anda:
emm..malas nk ingat dh...barang yg lepas biarla berlalu (amik ayat dee utk dyh)

Aku sedang mendengar:

Jangan Kau Lepas-Alexa

Mungkin aku patut:
Siapkan semua keja ari nie

Aku suka:
Mendengar lagu sambil buat keje...keje jadi cepat siap

Sahabat-sahabat baik aku:
Semua yg sentiasa dengan aku......dulu..kini...dan selamanya...

Aku tak faham:
Kenapa org selalu sgt hidup dalam kepura-puraan dan menjengkelkan

Aku kehilangan:
Kasih sayang dan perhatian dari org yang amat aku sayang

Ramai yang berkata:
Aku sorg yang lurus....huhuhu tapi skang aku dh pandai skit2 kona-kona...hehehhehehe

Makna nama aku:
Cahaya Mati Syahid....

Cinta itu adalah:
Kejujuran...kesetiaan...dan pengorbanan...

di suatu tempat, seseorang sedang:
merindui gurau senda aku...masakan aku....hehehhehe yer ker?

Aku akan cuba:
Menjadi seseorang yang berwawasan dan berusaha mencapai impian yang di idamkan

Ayat SELAMANYA membawa maksud:
sampaiku menutup mata.....

Telefon bimbit aku:
xpernah beli sendiri...smua ayah yg belikan.....

Bila aku terjaga dari tidur:
harap2 hari nie bermula dengan sebaiknya....

Aku paling meluat apabila:
Orang mengongkong dan salah sangka pada aku tanpa usul periksa.....

Pesta/parti adalah:
Tempat yang aku rimas....

Haiwan paling comel yang pernah aku temui adalah:
Patricks kot...hehehehheh

Peringkat umur yang paling menyeronokan bagi aku:
18 ~ 23 sbb masa tu aku lebih mengenali erti hidup....

Hari ini:
Kena siapkan semua keje....mungkin terpaksa balik lambat...

Malam ini aku akan:
tido dengan kepenatan....

Esok pula aku akan:
Jumpa ngn big bos ....

Aku betul-betul inginkan:
keje yang stabil...sbb umo dh lanjut sgt nie...

Ketika anda melihat wajah anda di depan cermin pagi ini:
maintain comey....

Pusat beli-belah atau aked permainan:
aku pegi bila ada sale jer....

Makanan barat atau Jepun:
lebih suka makan masakan kampung jer.....

Bilik yang terang atau gelap:
Gelap...tapi ada chya skit2....

Makanan segera adalah:
Aku suka bila malas masak.....

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
Weh...ko dh siap File Meja blum?Jap lagi aku check....

Friday, 4 September 2009

Monolog...#6

"Bila kita kehilangan sesuatu itu...
barulah kita tahu betapa ianya amat bermakna dalam hidup kita...
Walaupun sekarang kita menidakkan kewujudan itu..
Pasti kita akan terkenang bila ianya sudah pergi meninggalkan kita..."


Itulah kata-kata yang selalu dibisikkan di telingaku tatkala aku dirundung keresahan melampau..


Ayah...
Dialah insan yang selalu denganku..
walau apa jua keadaan..
Akan terus memahami segala apa yang aku lakukan..
Akan cuba menyokong segala keputusan aku...
Walaupun kekadang dia sendiri kurang bersetuju dengan caraku...
Tetapi dia tahu...
Aku amat memerlukan sokongan darinya yang begitu padu...
Ayah sentiasa memaafkan...
Sentiasa bersangka baik....
Tapi aku tak mampu jadi sepertinya....
Kerana dialah insan yang terbaik yang ada dalam hidupku.....

Thursday, 3 September 2009

Syukur...


Syukur padaNya kerana dilapangkan segala urusanku selama ini...
Terima kasih tidak terhingga kerana sudi untuk mendengar luahan hambaMu ini...
Aku redha dengan segala yang telah Kau berikan padaku...
Alhamdulillah.....

Moga sinar keredhaanMu ini akan menerangi kehidupanku selamanya....