Tuesday, 28 July 2009

Pengalaman Berharga...

PRPI 2009 ini merupakan pameran penyelidikan yang terbesar di UPM terus dilaksanakan dengan aspirasi dan semangat yang lebih jitu.

Pameran ini juga menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum. Di samping itu ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para penyelidik UPM untuk menyertai pameran di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa.

Mula ari nie 28/07/09 hingga 30/07/09 aku terlibat ngn pameran PRPI nie.. secara tidak langsung menjadi watak sampingan dalam kelancaran pameran yang diadakan pada setiap tahun di UPM..sedikit keterujaan dalam diri aku kerana inilah kali pertama terlibat dalam acara yang aku rasa hebat penyertaannya di peringkat UPM sendiri...walaupn tugas aku hanyalah bak semut merah....tapi aku lakukan yang terbaik...inilah peluang untuk aku membuktikan keupayaan aku dalam menjalankan tugas...

Mengiringi para hakim untuk evaluate researcher buat aku belajar benda baru..ada certain term of R&D yg aku xfaham...aku tanya jer hakim tu..alhamdulillah dorang xlokek untuk berkongsi ilmu..maklumla aku nie budak mgmt (blaja pasal mgmt)..mana nk fhm sgt bnda2 camtu..hehehheheheh aku rasa bertuah kerana diberi peluang keemasan cam nie...

Monday, 27 July 2009

Bintang Yang Pergi


"I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink"


Itulah Yasmin Ahmad...Arwah memang tidak pernah mengenali aku atau bertemu dengan aku...tetapi aku adalah peminat setia semua hasil nukilan nya..bersahaja tapi penuh makna yang tersirat..yang terlalu ditakuti oleh orang yang tidak memahaminya kerana hasil fikirannya yang ikhlas tentang realiti kehidupan...bagi aku...begitu sukar untuk mencari pengganti sepertinya...kerana arwah berkarya bukan kerana nama..bukan kerana apa...tetapi merasakan jiwanya meronta untuk berkongsi rasa dalam dirinya...dalam masyarakat kita khasnya....


Dialah sebutir bintang yang pergi tatkala aku rasa belum puas untuk meratahi hasil nukilannya yang ikhlas itu...Keberaniannya untuk mengutarakan sesuatu isu membuatkan aku terfikir mengapa masih ada yang takut menerima hakikat bahawa masyarakat kita hidup dalam filem2 yang arwah ketengahkan...mungkin rasa malu..lalu betah menidakkan kebenaran walhal itulah yang sedang mencengkam akar kehidupan kita...

Walau apa pun yang orang kata...bagi aku arwah Yasmin Ahmad adalah pengarah / pencetus seni yang ikhlas dalam menghasilkan karyanya..asli dan segala mesejnya amatlah mendalam..


Moga roh arwah Yasmin Ahmad sentiasa dicucuri rahmat dariNYA dan sentiasa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN...

Thursday, 23 July 2009

Siapakah Kartika?

Bila baca paper ari nie...aku terpanggil untuk berkongsi isu yang telah aku baca....

Kartika adalah wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating.Dia meminta hukuman itu dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan."

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga"

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak semalam.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

Bapa kartika juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok..
Berdasarkan artikel berikut...aku harap ianya akan menjadi pengajaran kepada semua umat islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya.

Bersamalah kita bermuhasabah diri dan bertawakal kepada Yang Maha Esa...Insya Allah....






Di Sebalik Waktu....

Mendengus angin di sudut jendela itu
Ingin di sampaikan hati yang lara
Langkah yang longlai terkapai remuk
Mengharapkan sinar yang datang menjelma
Di pinggiran hati yang meronta-ronta keegoan

Di suatu petang nan suram
Aku ingin mendongak ke langit
Ingin ku tanyakan pada diri
Nur itukah yang tercari-cari selama ini
Yang hampir dilindungi awan malam yang menerjah...

Kuusapkan wajah yang hampir bergelora
Disebalik hati yang dahagakan belaian itu
Untuk meliputi jiwa yang sunyi
Yang tidak difahami olehnya
Aku menjerit kelemasan atas kekalutan itu....

Mengorak langkah yang lesu
Aku harungi ombak yang mengganas itu
Walau ku tidak tahu sejauh mana aku mampu
Tapi aku tekad untuk meneruskan perjalanan ini
Kerna aku yakin dengan apa yang aku mahu

Bisa keperitan dunianya yang sakit
Aku akur itu hak miliknya
Bencikah aku..sukakah aku...
Sudah tidak berbekas di hatinya
Egonya merungkai rasa yang didambakan
Sedangkan aku tidak pernah lupa...
Ikhlaskah perasaan itu?
Aku tidak tegar untuk mengetahui kebenaran itu
Walaupun mungkin hanyalah pura-pura...
Aku tetap redha.....

Wednesday, 22 July 2009

Impian & Harapan......



"Hope is the thing with feathers.....That perches in the soul....And sings the tune....Without the words,and never stops at all. "


"Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all."

I'm Really Sorry......

Aku minta maaf....
Kerana buat kau rasa terpinggir......
Aku tidak menyangka........
Perbuatanku ini buat kau rasa tidak dihargai.....
Sesungguhnya aku tidak akan sekali-kali....
Untuk berbuat demikian...
Kerana kaulah temanku dunia dan akhirat....

Aku insan biasa
Yang melakukan kesilapan...
Yang aku sendiri tidak sedari...
Kerana aku sangka kau sentiasa memahami...
Tapi aku lupa...kau jua teman yg ingin memahami...
Cuma kadang2 aku sendiri tidak memahami kehendak aku ini....

Aku minta maaf wahai teman....
Segala perbuatan yang mengguris hati kecilmu....
Sudilah kiranya kau memaafkan aku....

Tuesday, 21 July 2009

Jodoh


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.

Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Perkahwinan baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Monday, 20 July 2009

Monolog...#3

Sometimes I think everyone's a little too arrogant, including myself.....I guest it's hard to avoid this from time to time....huhuhu is it right??i also dunno....

Monolog..#2

Salahkah aku?
Untuk lebih menyendiri?
Untuk tidak prihatin?
Cuma kekadang aku menjadi begitu...
Bukan selalu...
Kerana aku perlu waktu...
Untuk memenuhi kekosongan diri ini...

Mengapa perlu aku fikirkan?
Kisahkah mereka tentang kehidupanku?
Kerana aku tidak merasa bahagia itu...
Cuma sekarang...
Aku hampir penat...
Untuk terus menjaga hati....
Sedangkan aku sendiri....
Terseksa sendiri....

Mungkin mereka menginginkan aku begini...
Aku sendiri tidak pasti...
Adakah aku perlu peduli?
Tunggulah nanti....
Jika aku tegar untuk begitu.......

Monolog...

Kekadang ckp salah...xckp pn salah...susah gak hidup nie...
Aku harap lebih baik mendiamkan diri...
Tidak menyakitkan hati sesiapa...
Kalau nk ikutkan mood orang....
Rasanya aku xmampu...
Sebab rentak manusia nie berbeza-beza...
Ah...biarkan jer la...
Aku tak perlu menerangkan kepada sesiapa...
Kalau memahami aku...itu lebih baik...
Jika tidak....menjauhkan diri....
Takut terkena badi yang ada...
Mungkin....tapi terpulang nk fikir apa...
Aku xkisah...sebab aku tahu apa yang aku buat...

Friday, 17 July 2009

Usah Kau Gusar...

Untuk Sahabatku yang sedang kerungsingan....

Aku pernah ditanya oleh sorg sahabat dengan penuh harapan...
Mengapa jiwanya terasa kosong sejak akhir2 ini...
Mengapa perasaannya memberontak untuk diberi perhatian...
Mengapa dirinya terasa sudah tiada cinta...
Aku sendiri tergamam...
Kerana dia yang aku kenal...
Seorang yang sgt tabah...
Cekal dan tekad dalam membuat keputusan...
Bila soalan diaju bertubi-tubi sedemikian rupa...
Aku terkelu...

Buat sahabat yang aku sayang selalu...
Sedikit nasihat buatmu...
Yang pernah aku terima sedikit waktu dahulu...
Agar ianya dapat mengubat luka dihatimu di kala ini...
Kerana aku jua pernah diuji sehebat itu...
Pernah aku jua hilang punca untuk berpaut...
Tapi aku punya kekuatan bahawa jodoh pertemuan...
Ajal dan maut itu di tangan yang Maha Esa....

Aku doakan kau wahai sahabatku...
Janganlah kau lupa....
Aku akan senantiasa bersama-sama denganmu...
Walau apa jua keadaan...
Kerana aku ingin menjadi sahabatmu yang sejati...

THE MOST BEAUTIFUL DISCOVERY TRUE FRIENDS MAKE IS THAT THEY CAN GROW SEPARATELY WITHOUT GROWING APART......

Thursday, 16 July 2009

Aku Rasa Bahagia....

emm mgu nie aku rasa bahagia amatttt.hehhehee walaupn sbuk ngn keje kat office...hati rasa tenang jew....
nota kaki: tetiba hati berbunga riang..rasa diri lebih dihargai...walau apa terjadi...insya allah akan terus bersama....

Wednesday, 15 July 2009

Award dari Sueanne.....

Actually nie 1st award utk aku yg baru blaja join ngn blog nie...huhuhu thanks very much...kepada senarai nama yang terpilih di bawah...sila amik yer...

Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda
Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Sueanne-sahabat baru aku kenali....thanks for the award.....hehehehhe terharu la....

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima awad seterusnya ( anda di-tag )


5 Fakta Tentang Aku


-sorg yg berdikari....
-tekad dlm melakukan apa perkara penting dalam hidup
-malas nk layan org yang perasan bagos
-sensitif dan banyak memendam rasa
-tidak suka menyusahkan org lain selagi mampu buat sendiri


5 Hobi

-aku suka layan blog yang leh buat aku release tension
-tengok wayang
-aku lebih suka masak dari makan kat kedai....jimat skit
-tengok tv bila terasa boring amat
-berfikir....fikir....dan terus berfikir jika ada masalah.....


Blogger yang aku anugerahkan award ini perlu menjawab tag sebelum menerima award.... Insan yang bertuah untuk dianugerahkan award ini adalah:


Tuesday, 14 July 2009

Aku Pernah...Tapi Aku....

Aku pernah cuba untuk menjadi seorang yang penuh dengan amarah.....
Tapi aku tidak mampu untuk berpura-pura kerana aku bukan begitu...

Aku pernah cuba untuk menyimpan dendam...
Tapi aku takut dendam itu membuatkan aku hilang kewarasan fikiran...

Aku pernah cuba untuk melepaskan segala duka...
Tapi aku merasai setiap detik keperitan itu yang begitu memedihkan....

Aku pernah cuba untuk membahagiakan semua orang...
Tapi aku tahu manusia itu tidak pernah puas walau seribu daya aku curahkan......

Aku pernah cuba untuk melupakan segala sengketa dan mulakan hidup baru....
Tapi aku sendiri masih sangsi dengan keikhlasan hatinya......

Dan aku pernah untuk terus melupakannya dari kamus hidupku....
Tapi aku masih tidak mampu untuk menjadi sekuat itu....
Mungkinkah perlu peluang kedua itu? Wajarkah untuk dia?
Aku masih berfikir.......dan berfikir........terus berfikir.....tapi sampai bila?.....
Mungkin....masih ada waktunya.....

Thursday, 9 July 2009

Sibuk Skit...


Emm ari ni byk tul nk kena bt...aku kena kemaskini file research plak...huhuhuh nt ada audit dr RMC..nmpknyer xde la bosan lagi...heheheh slalu merungut xde keje...amik skali kena buat filing...padan muka...hehehehe cam biasa la sempat gak nk online...huhuhuhu...jap lg nk ngadap file2 tu...mau pening kpala aku...apa pn..idup mesti enjoy..perlu ikhlas bila kena wat keje..hehehheeh baru lah berkat gaji bulan2...insya allah....

Wednesday, 8 July 2009

REZEKI...NASIB BAIK...PELUANG...

Emm bila kita fikir pasal tajuk kat atas tu...apa yang terlintas kat kepala korang?nampak maksud perkataan tu macam sama tapi tidak serupa....sefahaman aku adalah seperti berikut:
REZEKI:sesuatu ketentuan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya...kekadang bila kita tengok @ alami kehidupan seharian nie kita akan terfikir-fikir tentang betapa nikmatnya dikurniakan rezeki dari Allah...sebagai contoh...sesetengah orang diberikan rezeki oleh Allah walaupun tidaklah sepandai mana @ secantik mana dengan kerja yang hebat...jodoh yang baik... semuanya adalah rezeki....


NASIB BAIK:sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita tanpa dirancang...contohnya kita xpernah buat jahat..bila sekali buat jahat....tetiba terkantoi...sedangkan orang yang selalu berbuat jahat...selamat jer...kekadang kita sendiri pun pelik kan....huhuhuh..tapi itu la yang dinamakan nasib baik atau tidak bernasib baik...


PELUANG: segala sesuatu perkara yang datang tanpa diduga..atau sudah diduga...terpulang kepada kita untuk menjadikan ianya satu rezeki atau nasib baik....gabungan peluang inilah yang menentukan bagaimana kita berusaha untuk menjadikannya satu realiti...terpulang kepada cara kita untuk memikirkannya....


Tanyalah diri sendiri tentang apa yang kita mahu dalam hidup kita...jangan ikut rasa..nanti binasa...ikutkan hati...nanti mati....ikutkan iman...insya allah pasti hidup kita lebih diberkati dan dirahmati....amin....

Tuesday, 7 July 2009

B.O.S.A.N

Xtau nk buat per ari nie...huhuhuh bosan sesangat...asyik ngadap komputer pn....mahu pening kpala aku nie...nk tulis aper pn xtau...xde idea....tolong! tolong!tolong! aku tengah bosan...any idea utk hilangkan bosan nie...somebody please help me.....


Layan YM ngn deesah pn..xtau dh nk sembang per..ari2 chat.. smpai dh xde topik nk dibncangkan..sampai dh kongsi mcm2 info..huhuhu mgkn info yg patut di share atau sesuka ati bagi pening kpala...info pasal isu semasa..hehehehhe memang bosan tahap dewa nie.....


Idfy84 : weh..ananda krishnan ngn robert kuok no.62 top bilionaires in world
Idfy84 : sj nk share info
Idfy84 :bosannnnnnnnnnnnnn

deesah_510: hahahahaaa...bagus2
deesah_510: ape lg info yg ko nak share...
Idfy84 :angelina jolie 1st most top celebrity in world
deesah_510: hiburan tak yah pon takpe...
Idfy84 :William Gates III most richest man in world
deesah_510: noorshahidah mohamad roslee?
Idfy84 :most cutest girl in UPM
deesah_510: kuang2....klaka gle
deesah_510:mcm mimpi ngeri pon ade gak
deesah_510:hahahahahahaha
Idfy84 :ciptaan allah kan semua cute
Idfy84 :cuma aku jer cutest
deesah_510:yela...ko je paling cute
Idfy84 :heheheheh
deesah_510:weh...bosan la
Idfy84 :tau xper
deesah_510:nak blk umah la jap
deesah_510:boringggggggg


huhuhu tu jer la duk YM ngn dia...ceta yg tah per2...aku memang bosan giler ari nie.....tolong! tolong! huhuhuhu....what should i do?

*nota kaki: kepada warga UPM...cerita ini tiada kena mengena yg sedang bertugas atau telah bertugas...ini adalah sekadar borak lepas boring...jika tidak berpuas ati dgn statement ini...sila tanya kepada deesah*

Monday, 6 July 2009

Ceritera Kehidupan

Minggu lepas...banyak sangat perkara yang aku perlu settle kan...terpaksa bergegas pulang ke kampung...urgent matters that need to solve properly...rasanya hampir 3 bulan aku bertarung ngn masalah family nie...sudah penat...sampai satu tahap aku sudah give up....tak mampu nk buat per lagi...bila fikir pun sakit kepala...tak fikir pun lagi la sakit kepala...huhuuhu..pening2... kejap kepala aku nie ok...kejap migrain...slalu sangat aku migrain...tiap2 minggu la...dulu masa study pn xde la stress cam nie....dah xtau nk buat per...kengkawan aku pun rasanyer dh pening ngn masalah aku yang cam telenovela nie...huhuhuh

Allah itu Maha Mengetahui atas segala yang berlaku..ada hikmah atas segala ketentuanNya...Aku berdoa semoga biarlah berakhir dengan tenang...tanpa melukai hati sesiapa...Amin...