Thursday, 19 November 2009

Lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.


Gambar sekadar hiasan

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini'.


Berkata malaikat itu,'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.


Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.


Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wednesday, 18 November 2009

5 Racun Cinta

Ilham dari gua.com.my....


Pasangan yang sedang bercinta sering merasakan hidup mereka begitu indah dan bahagia. Namun jangan terlalu selesa dengan hubungan cinta yang terjalin.Hakikatnya, cinta seperti sepohon pokok yang baru ditanam. Ia perlu sentiasa dibaja dan disiram agar kekal subur. Jangan sekali-kali membiarkan pohon yang anda jagai itu dimakan anai-anai, ulat atau serangga perosak yang lain.


Begitu jugalah dengan cinta. Kasih sayang yang melimpah ruah bukan jaminan untuk memastikan cinta yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya.Namun apa yang paling penting, jauhkan percintaan yang terjalin daripada racun-racun yang boleh merosakkan dan akhirnya, membinasakan cinta. Paling bahaya, racun cinta selalunya bukan hadir daripada orang lain, sebaliknya wujud di dalam diri anda sendiri.

Berbohong


Jangan sesekali berbohong pada pasangan anda...kerana ianya boleh membuatkan hubungan menjadi renggang dan hambar..setiap orang tidak suka dikhianati walau dengan apa cara sekalipun..belajarlah untuk jujur dengan pasangan anda...



Pembohongan paling elok jika digantikan dengan sifat jujur dan berterus-terang. Mungkin untuk kali pertama anda terpaksa berbohong kerana tidak sampai hati untuk mengecewakannya. Tetapi jika pembohongan demi pembohongan anda lakukan secara berterusan, nescaya ia akan memakan diri anda sendiri pada masa akan datang.


Egois


Tidak dinafikan di dalam diri setiap individu punya sikap ego walaupun kecil. Malah ada juga segelintir orang yang mahu keinginannya dituruti walaupun untuk perkara-perkara yang terlalu kecil. Namun harus dingat, permintaan tersebut perlulah relevan dengan keadaan dan situasinya.Apabila si dia menolak permintaan anda, mulut anda tidak henti-henti mengomel dan menuduh si dia mementingkan diri sendiri. Namun apabila anda diminta melakukan sesuatu dengan mudah anda menolak. Apabila si dia memberontak, anda tuduh pula si dia tidak mengerti perasaan anda. Langsung tiada tolak ansur dalam hubungan yang terjalin.



Salah satu kunci keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Memang diakui adakalanya sukar untuk menahan diri kita daripada terus bersikap egois, namun ada masanya kita juga perlu memikirkan hati dan perasaan orang lain.


Cara terbaik untuk menghilangkan sikap egois dalam diri anda, cubalah letakkan diri anda di tempat pasangan anda apabila anda meminta si dia melakukan sesuatu. Fikirlah wajar atau tidak permintaan anda itu dituruti dan adakah diri anda sendiri sanggup untuk melakukannya? Apabila anda sentiasa berfikir begitu, keputusan serta permintaan yang keluar daripada mulut anda pastinya lebih rasional dan tidak diselubungi oleh perasaan egois semata-mata.


Curiga


Seorang wanita menelefon teman lelaki anda. Tanpa sebarang usul periksa anda mengatakannya curang. Pada mulanya, pergaduhan yang tercetus hanya kecil sahaja tetapi anda terus mengungkit kisah-kisah lama termasuklah hubungannya dengan bekas kekasih dahulu.


Sedangkan wanita yang menelefonnya itu hanyalah teman sepejabat dan mahu bertanyakan perkara yang berkaitan dengan kerja yang amat penting. Sikap anda yang curiga tanpa usul periksa itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan tanpa anda sedari ia mampu menggugat hubungan cinta yang telah sekian lama terbina itu.



Jika selama ini si dia terbukti setia kepada anda, tiada sebab untuk anda mencurigainya dengan hanya satu panggilan telefon yang dibuat oleh teman sepejabatnya. Sebaiknya anda minta penjelasan daripadanya dan si dia pasti bersedia untuk menjelaskannya kerana dia tidak pernah bersalah kepada anda.


Jika anda terus meletakkan kesalahan kepadanya, tidak mustahil kekasih anda yang setia itu akan benar-benar 'bermain kayu tiga' di belakang anda. Maklumlah daripada terus dituduh sedangkan si dia tidak melakukannya, lebih baik dia melakukannya betul-betul. Sekurangnya-kurangnya si dia berpuas hati dengan tuduhan yang anda lemparkan itu.


Posesif


Janganlah bersikap terlalu posesif terhadap pasangan anda. Atau dengan erti kata lain terlalu mengawalnya sehingga sampai ke tahap mengongkong. Malah anda sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan semata-mata untuk mengetahui pergerakannya. Apa tidaknya, setiap lima minit anda akan menelefonnya.

Bukan untuk bertanya khabar sebaliknya untuk memastikan si dia sedang bersama siapa atau di mana berada. Sikap anda yang terlalu posesif itu akhirnya akan membuatkan si dia tidak selesa. Lebih teruk apabila si dia meminta untuk memutuskan perhubungan atas alasan tidak selesa dengan sikap anda itu.


Sesiapa sahaja di dunia ini memerlukan ruang 'privacy' sendiri. Oleh itu, jika anda tidak mahu hubungan yang terbina berantakan, percayalah kepadanya dan biar si dia menjalani kehidupannya sepertimana yang dikehendakinya. Tidak salah untuk memerhati atau menegur, tetapi biarlah berpada-pada dan dengan cara yang betul. Jika anda melakukannya secara tidak keterlaluan, si dia pasti akan lebih menghargai anda yang sentiasa berada di sisinya apabila dia memerlukan.


Main-main mata


Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehinya. Sudah punya teman lelaki yang kacak dan baik hati, tetap akan menjeling ke arah lelaki lain apabila berkesempatan. Sikap anda yang suka bermain mata dengan lelaki lain ini sebenarnya mampu merosakkan hubungan cinta yang terjalin.

Mungkin anda hanya berniat untuk 'main-main sahaja', tetapi bagaimana jika lelaki yang anda jeling itu memberikan responnya? Pasti boleh menimbulkan sengketa. Malah bukan semua pasangan kekasih boleh menerima perlakuan yang sebegitu. Ini kerana ianya boleh mencabar status mereka sebagai teman lelaki anda.


Jalan terbaik belajarlah untuk bersikap setia dengan pasangan masing-masing. Sudah pasti si dia merupakan kekasih yang terbaik buat anda. Ini kerana selama anda berhubungan mesra dengannya, tidak pernah si dia menjeling atau memandang ke arah wanita lain walaupun wanita tersebut jauh lebih cantik dan seksi daripada anda. Itu membuktikan si dia menghargai anda yang berada di sisinya. Jika si dia boleh melakukannya, tiada alasan untuk anda terus mencuri pandang ke arah lelaki lain.

Friday, 13 November 2009

Ku Percaya Ada Cinta



Begitu sukar untuk menyakinkan insan lain...
Kekadang keputusan yang dibuat bakal mengundang nestapa...
Tapi biarlah begitu...
Kerana jika ingin memahami....pasti akan mengerti...
Setiap keputusan itu....
Pasti ada baik dan buruknya....
Nilailah ia sebaiknya...

Aku insan berdosa...
Aku sentiasa mengharapkan redha dariNYA...
Aku adalah aku....
Tidak perlu ambil tahu jika mengingkari....
Aku sentiasa begitu.........

Thursday, 12 November 2009

Siapa kita sebenarnya di sisi tuhan?

Adakah kita.....
lebih gembira menyambut 1 januari drpd 1 muharam
lebih tahu apa itu 14 fabruari daripada 12 rabiulawal
lebih membesarkan hari sabtu dan ahad dari hari jumaat
lebih kusyuk mendengar lagu dari mendengar azan
lebih suka lepak,tidur,tengok tv..dll dari smbhyg dan mengaji
lebih tahu tentang artis pujaan kita dari nama nabi2

Adakah kita......
lebih suka menyebut hello! dan hai! dari assalamualaikum
lebih suka menyanyi balada, rap, hip hop..dll dari berwirit atau bertahmid
lebih suka memuji manusia dari memuji tuhan kita sendiri
lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama
lebih suka ke konsert dan karoke dari ke ceramah agama
lebih suka memaki, mengumpat orang dari memuji mereka

Adakah kita.....
lebih suka mencarut dari memuji nama allah
lebih suka kemungkaran dari membuat kebaikkan
lebih bangga dengan kejahilan dari kita bersyukur dengan keimanan kita
lebih cintakan dunia dari cintakan akhirat
lebih memilih konsep kepartian dari konsep keislaman
lebih suka kepada kezaliman dari keadilan

TETAPI bila orang tanya kemana arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab bahawa....KITA SEBENARNYA.. ...lebih suka ke syurga dari ke neraka...Layakkah kita berada di syurga milik ALLAH?
Mampukah kita memiliki syurganya? Wallahua'lam. .....






Ihsan dari sahida.ieda@yahoo.com.my

Wednesday, 11 November 2009

Nilaian Syukur

Syukur dgn mata
lihatlah alam maya..
banyakkan membaca al-Quran
dan menangislah menginsafi dosa..

syukur dgn telinga
dengarlah seruan dan nasihat mulia
jangan buang dan jangan abaikan..

syukur dgn tangan
hulurkan pada yg memerlukan
selagi mampu berbuat kebaikan..
bersedekah dan membantu org..

syukur dgn lidah
jagalah lisan agar tidak melukakan
jagalah kata agar tidak penuh cercaan
jagalah bicara agar tidak keterlaluan. .
lembutkan lidah dengan zikrullah
maniskan ungkapan dengan dakwah..

syukur dgn hati
islahkan hati
bersihkan ia dari noda dan dosa
pelihara kesuciannya dari sifat mazmumah
hiasi kelembutannya dgn sifat mahmudah
jangan pernah berhenti mengingati Allah..

Ihsan Remaja Masjid

Monday, 9 November 2009

Kelantan diharam beraksi lagi?

Sumber dari www.kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berhadapan dengan tindakan keras Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuk denda, penonton tidak dibenarkan masuk ke stadium atau diharamkan terus daripada menyertai Liga Malaysia tahun hadapan!


Itulah segala kemungkinan yang berlaku akibat kelakuan ganas dan tidak bertamadun segelintir penyokong The Red Warriors berikutan kekalahan 1-3 kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.


Tidak cukup dengan balingan mercun dan botol air di atas padang, tindakan paling melampau penyokong Sang Kijang itu ialah membakar kerusi, sesuatu yang paling sukar sekali untuk diterima.


Adakah ini maksud sebenar 'kemeriahan bola sepak' di negara kita sekiranya keselamatan orang lain di dalam stadium termasuk penyokong sendiri terancam dan dalam bahaya?


Memang kami (FAM) berasa kesal dan amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong fanatik Kelantan di stadium pada malam kelmarin.


Mereka jelas menunjukkan sikap yang tidak berdisiplin dan datang hanya untuk buat kacau, saya sendiri tidak faham adakah ini taktik mereka untuk mengganggu konsentrasi pemain lawan atau sebagainya," demikian tegas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Menurut beliau, selain mercun dan botol air dibaling kepada peminat dan pemain Negeri Sembilan, kerusi stadium pula dibakar.


Perbuatan itu, katanya, jelas menunjukkan bahawa penyokong Kelantan telah mengancam keselamatan peminat lain yang hadir di stadium tersebut.


Azzuddin turut mengesahkan bahawa KAFA bakal berdepan hukuman lebih keras ekoran sikap ganas penyokong mereka.KAFA harus bertanggungjawab ke atas sikap penyokong mereka. Mereka akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin sedikit masa lagi, mungkin selepas Hari Raya Aidiladha
Kami masih menunggu laporan mengenai kerugian dan kerosakan akibat kejadian itu daripada pihak-pihak berkaitan termasuk polis," tambahnya.




p/s: bila terlalu taksub....bertindak tanpa fikiran yang wajar...itulah padahnya....

Friday, 6 November 2009

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Artikel ihsan dari Remaja Masjid Groups....


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain mengatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?". Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "tidak". Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah SWT....dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'


Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."



Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


 "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tuesday, 3 November 2009

Aku Rasa Bahagia..#2

Hari: Ahad
Lokasi: Taman Metropolitan Batu
Aktivit: Makan-makan dan berehat

Dah lama rasanya tak makan2 ngn PT. Masing2 sbuk duk buat keje la....hal nie la itu la...macam2...ditambah lagi di musim ongkos yang kurang nie...tidakla rajin untuk ketemu....huhhuh dugaan sungguh..Tapi ari ahad lepas diluangkan gak masa untuk rehat sama2...bincang2 per yang patut...harap semuanya berjalan ngn lancar....

Masa nk cari tempat yang teduh untuk berehat2 tu...malang xberbau...tayar kete termasuk dalam lubang...aduyai...nasib baik xde per2 yg teruk...cuma yang aku frustnyer pagi tu baru jer aku pas basuh kete...abis berselut balik....tensionnnn....hahahahhaha



Sib baik kat taman tu ada kawasan orang memancing...kitorg gunakan air tasik tu la nk basuh balik kete...haru sungguh...Aku tolong tengok jer la masa PT basuh kete...dh penat...hahahhaha lagipun dia sorg yg cermat...xsuka tgk kete kotor...cerewet betul....jadinya tugas dilakukan dengan penuh tertib...hehehhe



Terpaksa amik air ngn plastik sbb dlm kete xde bekas besar...huhuhuhu



                                             Emm lega....dah bersih pun...

Setelah penat aktiviti yang tidak dirancang tu...masa untuk makan...bekalan yang aku bawa dari umah sedia untuk disantap....


Sambal tumis sotong faberet si PT  & sambal goreng...

Bila cuaca agak mendung kami mula mahu beransur pulang..selalu sangat ujan petang2 skang nie..Sempat snap gambar untuk koleksi....emm saja boring2...




                      Senyummmmmm selalu......


P/s:cadangnyer aku nk g memancing ngn PT mgu nie...ari tu baru g survey tempat....cam best jer tempat tu...emm aku suka mancing ikan nie....hehehhehehe

Aktiviti Hari Sabtu....

Bersantai di hujung minggu sambil melepaskan segala penat 5 hari berhempas pulas mencari rezeki memang berbaloi...Fikiran terasa tenang dan boleh melakukan aktiviti yang release tension..Aku cuba belajar buat kuih karipap ari sabtu lepas...tetiba datang mood nk mencuba buat kuih muih nie...aku lemah skit bab2 cmni..tapi rasanya xrugi blaja buat karipap tu...merangkak-rangkak perlahan-lahan...takut xjadi plak karipap tu nanti....hasilnya karipap tu secomel aku la (besar betul)...kalu jual kat gerai xleh 3 RM1.00 mau rugi jadinya...hahahahhaha


Step 1: Sediakan inti kentang untuk karipap....


Step 2: Karipap di kelim cantik2 dan rapi supaya tidak terbuka semasa menggoreng nanti....




Step 3: Setelah digoreng ala2 kekuningan...Hidanglah untuk santapan...



Inilah hasilnya....bila dah buat rasa senang plak....xsusah mana pun...sambil menonton tv pn leh buat...hehehhehe