Monday 1 March 2010

Seruan Itu...

Lewat senja itu aku dapat panggilan telefon dari kampung..

Usin: Salam...Makcik...Opah dh xde..
Aku: Opah mana Usin?
Usin: Opah pak cik la..
Aku: Betul ker Usin? Innalillah...

Aku terkedu..Panggilan telefon itu buat aku terawang-awangan....Ya Allah, Kau lebih mengasihi dirinya..Lantas aku telefon dia...Bila panggilan telefon dijawab,hanya tangisan yang tersedu-sedu di corong telefon...Sedih...aku sendiri tidak terkata apa-apa...Ya Allah, Kau tabahkanlah hatinya...Amin...

23.02.2010 akan sentiasa terpahat di sanubariku..Insan yang aku sudah anggap seperti ibuku sendiri pergi untuk selama-lamanya..Semoga roh beliau sentiasa mendapat rahmat dariNYA..Aku akan sentiasa merindui segala kenangan yang telah dilalui bersama-sama...

Buat Zali,
Aku akan sentiasa bersama-sama kamu di saat genting ini..Kerana itu sudah janjiku...
Kita mesti kuat kerana itu sudah janji Allah..
Air matamu itu, buat aku sedar kamu adalah insan yang perlukan perhatian..
Insya Allah...kita perlu meredhai pemergiannya...
Pada Ayah,kita perlu buatkan dia sentiasa gembira...
Jangan sesekali dia merasa kehilangan itu...
Selagi nyawa dikandung badan...
Amin....Ya Rabbal A'lamin...

3 comments:

NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...

takziah my fren....

Zalieda said...

thanks aien..

~ Ija ~ said...

Takziah ida.. semuga "zali" tabah menghadapi dugaan ini.. semua yg hidup pasti akan mati.. cepat atau lambat jer..hurm..