Friday 13 April 2012

Kehidupan Baru

Alhamdulillah....genap 9 bulan 13 hari saya menjadi isteri buat suami yang tersayang...Jujur saya katakan...kehidupan selepas berkahwin ini teramatlah indah...syukur yang teramat sangat kerana saya telah dikurniakan seorang suami yang amat memahami jiwa dan raga saya....kehidupan kami menjadi lebih lengkap dengan kehadiran benih suami yang sedang membesar di dalam rahim saya...alhamdulillah sudah mencapai 4 bulan lebih usia kandungan bayi kami....semoga bayi kami akan sentiasa sihat dan membesar bagai juara di dalam rahimku ini...insya allah....

Terlalu banyak yang hendak dikongsikan disepanjang usia perkahwinan kami yang masih baru ini...Tetapi masa tidak mengizinkan...biarlah saya simpan dahulu....insya allah akan dikongsi kemudian hari....

Pinta saya,sentiasalah berdoa semoga kami sekeluarga akan diberkati olehNYA dan mendapat keredhaan yang hakiki dariNYA....amin...

Buat suami yang tercinta....terima kasih kerana melengkapi hidupku yang penuh pancaroba sebelum ni...segala kesusahan dan keperitan yang pernah kita alami disepanjang perkenalan kita benar-benar mengajar kita erti kesetiaan dan kejujuran....Kehadiran abg dalam hidup ayg adalah anugerah yang paling terindah yang Allah kurniakan....



Kini saya benar-benar yakin,segala dugaan dan kesusahan yang Allah kurniakan itu pasti menjanjikan suatu ganjaran yang membuatkan kita benar-benar terharu dengan balasan yang kita terima....saya pernah terdetik suatu ketika dahulu adakah segala dugaan yg saya terima ini kerana Allah tidak menyayangi saya....rupa-rupanya saya memang tersilap kerana Allah itu sesungguhnya Maha Penyayang dan Maha Mengetahui atas setiap sesuatu....Syukur ya Allah kerana saya menjadi insan yang terpilih untuk diuji sedemikian rupa....Semoga kami akan bahagia selamanya hingga ke syurga....insya allah...

2 comments:

waniez nurul said...

hohhhhhhhhhh baru nak berupdate...
bizi bebenor yerk.. cettt
pape pon segala soretan saya sudahi dgn Amin...

Anonymous said...

dah nak setahun kaoo...

anyway..jg kesihatan.... moga diberkati segalanya....