Friday 12 July 2013

Permata Untuk Isteri

Lirik Lagu Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-permata-untuk-isteri-ku-kopratasa.html#ixzz2YoKpdoIO



Setiap suami dan isteri itu perlulah saling menyayangi,menghormati hubungan perkahwinan itu supaya mendapat keberkatan dariNYA..moga allah jauhkan kita dari godaan syaitan yang ingin memporakperandakan hubungan suci yang terbina....Suami jadilah pembimbing yang baik pada isteri...moga syurga itu menjadi milik kita nanti..insya allah...

Bait2 lirik Permata Buat Isteri tu kekadang buat kita sedar bahawa hargailah isteri ataupun suami yang sentiasa susah dan senang bersama kita...Jangan bila kita kehilangan dia baru kita sedar..masa tu mungkin sudah terlambat..sama2lah muhasabah diri..perbaiki kelemahan diri masing2..banyakkan berbincang jika wujud ketidakpuasan dalam hubungan...insya allah semuanya akan kembali seperti sedia kala...amin....

No comments: