Monday 21 April 2014

#Bicara Hati 1

Kita selalu ada keazaman diri
Untuk mengubah kehidupan kita
Ada yang mahu jadi lebih kaya dan berharta
Ada yang mahu jadi dikenali dan dihormati serta disanjungi
Ada yang suka melihat orang lain berjaya
Ada juga yang suka melihat orang lain menderita dan gagal

Pokok pangkalnya hati
Pokok pangkalnya niat
Pokok pangkalnya iman
Ada pokok tiada buah dan rantingnya
Ada pokok lebat hasilnya

Kita?
Pilihlah apa yang kita mahu
Jangan ditanya apa yang orang hendakkan
Tapi jangan pula kita sampai menjadi riak
Orang tidak dipedulikan langsung
Lantaran kita mendabik dada merasa bangga
Cukup sekadar bersederhana...
Kita tetap memerlukan masyarakat
Kerana kita mati nanti kita perlu disemadikan sebaiknya...

No comments: