Thursday 18 June 2009

Insan Yang Paling Ku Sayang

Emm since mimie utuskan puisi indah buat abah tercinta...aku terasa untuk menghadiahkan puisi ini buat insan yang paling aku sayang.....my greatest Ayah in the world...

Dialah…..
Insan yang paling ku sayang...
Tiada gantinya…
Hanyalah dia…
Selama-lamanya…
Di dalam hatiku…

Dialah…
Insan yang paling ku sayang...
Walau hebat mana pun dugaan yg datang…
Dia bisa mengharunginya…
Kerana dialah manusia yang paling hebat..
Di dalam hatiku..

Dialah…
Insan yang paling ku sayang...
Insan yang mulia jiwa dan raganya…
Insan yang terlalu lembut hatinya..
Insan yang utuh semangatnya…
Insan yang aku hormati dan sanjungi..
Insan yang paling memahami jiwa dan ragaku...
Hanya dialah…
Yang aku paling sayang…

Puisi ini ku hadiahkan buat dia..
Insan yang paling ku sayang...
Penat jerihnya selama ini…
Tak mungkin aku membalasnya..
Begitu suci hatinya…
Selama-lamanya…

Insan yang paling ku sayang...
Sepenuh hatiku…
adalah buatmu…
Ayahandaku yang tercinta…
Mohamad Roslee bin Kamaruddin...
Ikhlas dari anakmu…
Yang sentiasa mengerti…
Keperitan dan Kebahagian yang kau tempuhi…
Tiada pernah bertepi.....

Dari anakmu yang sentiasa mendoakan agar kesejahteraanmu berpanjangan....

No comments: