Wednesday 26 August 2009

Teringat...Part 2

Emm alhamdulillah...semua berjalan ngn lancar hendaknya...cuma ada 2 3 perkara yang membuatkan aku rasa berdebar-debar untuk bulan September nie...betul org ckp...penantian tu satu penyeksaan....harap-harap penantian tu memberi makna yang amat mendalam dalam hidup aku...penat jerih selama nie aku harap akan menzahirkan satu hikmah atas segalanya...

Lepas satu masalah....datang masalah yang lain...itulah rencah kehidupan sebenarnya...tanpa semua itu...hidup tiadala bestnya...huhuhuh...tapi jika selalu sangat masalah datang bertimpa....mungkin ada kesilapan atau dosa lalu yang ingin Allah uji pada hambaNYA...kita sebagai insan haruslah redha dengan segala ketetapan yang telah ditentukan....

Hidup tanpa sahabat bagai malam tiada bulan dan bintang....kerana ianya bagai madu...dan ianya juga bagai hempedu....suka duka dalam persahabatan membuatkan kita memahami rencah perhubungan jiwa yang sentiasa memahami antara satu sama lain...tidak perlu menidakkan yang benar....kerana sahabat adalah yang paling memahami diri kita selain keluarga...berkongsi segalanya...tidak pernah inginkan balasan atas setiap jasa yang ditaburkan...itulah sucinya diri seorang sahabat...xperlu kita utarakan selanjutnya...namun harus kita waspada...tidak semuanya yang akan sentiasa memahami kita...kerana manusia tiada yang sempurna...kita juga sukar untuk memahami jiwa org lain...

Mungkin kadangkala berdiam diri itu lebih baik dari berkata-kata...ianya dapat mengurangkan segala sengketa....ikatan persahabatan tidak mungkin akan putus selamanya...aku amat rindu pada semua sahabat yang sentiasa memahami aku...tidak kira jauh mahupun dekat...

Andai ada waktu..aku ingin bertemu semula dengan sahabat2 yang sentiasa dekat di hatiku....

P/S: aku rindu amat pada Wahlawei....(Dayah,Dee,Mimie,Gha)
to Yana dan Dayahapiz....friendship 4ever.....
to Doreen & Angie....rindu sesangat kat korang....bila leh jumpa?
to all my dearest friend yang sentiasa support aku.......

No comments: