Tuesday 29 September 2009

Ketuk2 Resepi...

Berangan-berangan sambil melepaskan penat lelah seharian bekerja membuatkan perut menjerit-jerit kelaparan minta diisi...mood raya masih menerjah dalam fikiran ke-estreem-an untuk mencari-cari resepi baru hari ini.....apa yang perlu aku masak?sambal tumis udang?masak tempoyak ikan keli?ataupun asam pedas ayam?

Pemanduanku sekadar merangkak-rangkak mencelah-celah trafic yang sentiasa sesak...kenapa dan mengapa?ahh..biarkan begitu...terasa sunyi dan bosan pula kalau jalan itu sentiasa tenang! tiada ke-estreem-an nya...barulah seharian kepenatan itu amat berbaloi...

Mahu kemanakah aku petang itu?Tesco atau Econsave?emm aku fikir lebih baik ke Econsave sahaja....sempit tapi senang untuk mencari barang yang aku mahu...mata menjalar-jalar lalu aku terpandang daging kambing....aku xpernah masak daging kambing....perlukah aku mencuba? Si PT yang memang suka makan kari kambing mendesak aku untuk mencuba resepi baru bagi aku itu......

Cabaran pun bermula.....Sekali sekala mencuba sesuatu yang baru memang best...emm aku sebenarnya tidak selalu makan daging kambing nie..cuba masak kari kambing ala mamak... hehehhe 1st time masak kari xguna santan...takut gak xsedap nanti....tapi alhamdulillah licin jer Si PT makan...siap bertambah lagi...hehehhehe...

Inilah hasilnya ke-adventure-an aku semalam....nak try makan...leh SMS atau email aku....nt aku leh buat business mangkuk tingkat lak....hehehehhe....






No comments: