Wednesday 21 October 2009

Terlampau atau Hilang Pertimbangan?

Sedih bila melihat artikel dari pelbagai sumber yg membincangkan ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia...Dari kisah tarian apa tah yang ditafsirkan hak milik mereka....berlanjutan pula batik adalah hak ekslusif Indonesia sehinggakan UNESCO turut mengiktirafnya sebagai warisan budaya Indonesia..kini peristiwa di Padang turut mengheret kita untuk menghulurkan bantuan kepada mereka....Masih kasihkah kita pada mereka yang sewenang-wenangnya menghambur kata-kata nista? 

Aku hanyalah insan yang kerdil untuk menyuarakan atau memberi pendapat tentang isu yang begini besar...kerana melibatkan hubungan dua hala negara yang saling memerlukan ini...tetapi aku hidup di negara yang penuh demokrasi iaitu Malaysia...tidak salah rasanya aku memberi pandangan ini...terasa tercabar naluriku bila acapkali kita diperkotak katikkan begini...sakit rasanya hati kerana bumi bertuah ini sudah bisa melalui saat2 hitam dalam sejarah negara kita...dijajah berabad lamanya dulu...



Apakah perasaan anda pabila membaca kenyataan ini? Kurang ajarkah mereka? Mereka menghina kita...tapi apakah tindakan yang kita lakukan? Pendatang asing tetap membanjiri negara kita...tidak cukup menggunakan kapal terbang...menyeludup melalui tongkang....kapal2 haram....masih tetap diberi layanan yang baik....diberi pengampunan dan dihantar pulang....sungguh mulia hati kita....tapi lihatlah ungkapan mereka....Jata negara kita turut dihina sedemikian rupa...aku terkilan....




Pabila emosi kejahatan merasuk jiwa mereka....keagungan negara kita dipermainkan....BERSEKUTU DENGAN ISBLIS kah kita?jika begitu...mestilah kita tiada rasa perikemanusiaan terhadap mereka...namun kita masih memberi muka....masih membantu atas dasar perpaduan negara...tapi mereka tetap tidak menyedari bahawa susu yang kita berikan dibalas dengan tuba...atau mereka itu sudah kian buta dengan amarah yang membelenggu jiwa...kasihan mereka....walau segala bencana yang menimpa...masih tidak terbuka matanya....masih kabur....merangkak dalam cahaya yang terang untuk mencari hidayah....sungguh kasihan...




Inilah yang aku dapat dari email dan juga wesite cari.com...Terdetik untuk berkongsi rasa dengan jutaan rakyat malaysia....kita masih terus bersabar...biarkan mereka....cendekiawan pernah berkata jika kita melayan orang yang bodoh dan cetek pemikirannya...nescaya kita akan turut menjadi sepertinya...mungkin mereka terlambat untuk menyedarkan diri mereka..walau pelbagai sinetron yang mereka hasilkan...masih tidak mahu mengambilnya sebagai panduan dan pedoman....




Hinanya kita di mata mereka.....Lihatlah pembohongan yang diwar-warkan ini....Mengapa begini teruk sikap mereka?



Segala cetusan rasa ini buat aku yang merasakan kita perlu bangun..Usah biarkan mereka terus alpa menindas kita...kita bangsa merdeka...kita negara harmoni...kita adalah kita....tiada sesiapa yang berhak ke atas negara tercinta melainkan kita sahaja...




P/sI: Aku harap artikel ini tidak mengundang sebarang kontroversi kerana ianya hanyalah luahan rasa... Sekiranya ada pihak2 yang tidak bertanggungjawab mengkontroversikan isu ini...ianya adalah di luar kawalan aku...

P/s II: Aku Bangga Jadi Anak Malaysia

1 comment:

NORAIN RAMLI / MEM AIEN said...

aku bangga jadi anak malaysia!!