Monday 31 December 2012

Berlabuhnya Tirai 2012

Syukur alhamdulillah sehingga saat ini saya masih dipinjamkan olehNYA nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seharian..Masih boleh untuk memperbaiki kekurangan diri dan cuba untuk menjadi seorang manusia,anak,kakak,isteri dan ibu yang baik...tidak lupa juga menjadi pekerja yang penuh komited dan bertanggungjawab...

Sebenarnya tahun 2012 nie penuh dengan suka dan duka dalam hidup saya...jauh disudut hati masih rasa ada kekurangan yang perlu diperbaiki secepat mungkin...Insya Allah...Walau apa pun yang berlaku,saya masih kuat untuk meneruskan segala cabaran hidup ini...

1. Status sebagai Isteri
Bertuah rasanya kerana dikurniakan seorang suami yang benar2 memahami diri saya,memahami kesibukan tugasan di pejabat,serta memahami diri ini pabila kekadang ttidak sempurna dalam menyediakan keperluan suami...Tiada rungutan yang keluar dari mulutnya...cuma kekadang saya sendiri yang selalu mencari punca untuk memulakan perbalahan...Entah,saya pun xtahu mengapa...mujurlah suami tetap memahami walaupun kadang kala saya merasakan ianya melampaui batas sebagai peranan seorang isteri...mungkin sebagai isteri,saya merasakan setiap perkara perlu dileterkan walaupun perkara kecik...pastu suami ckp kita nie asyik membebel jer..hehehhehe...

Tak semua orang dapat merasa air tangan suami...tapi saya beruntung sebab suami saya sudi untuk masak jika saya penat...Jangan xtau kekadang apa yg dia masak lagi sedap dari yang saya masak...Syukur alhamdulillah..Xlokek untuk membantu buat kerja rumah yang lain....

Insya allah tahun 2013 nie saya akan cuba memperbaiki diri dan menjadi seorang isteri yang lebih baik daripada sekarang...maaf dipohon kerana kekadang ayg mengingkari permintaan abg...kerana kekadang ayg tidak menjadi isteri yang dapat mendengar keluhan abg..kerana kekadang ayg suka mencari gaduh ngn abg...sebab ayg lakukan semua tu nk perhatian dari abg...terima kasih kerana menyayangi ayg seadanya...moga usia perkahwinan kita akan berkekalan hingga ke syurga...

2. Status sebagai Ibu
Segala dugaan semasa mengandung dan sewaktu melahirkan Nadra terubat apabila melihat seorang anak yang comel lahir dengan selamat...semoga Nadra menjadi pengikat kasih ibu dan ayah selamanya...semoga Nadra menjadi anak yang solehah...Insya allah ibu dan ayah akan menyediakan keperluan Nadra secukupnya tanpa gagal...

3. Status sebagai pekerja
Tahun 2012 nie KPI saya kurang memuaskan...sebab saya banyak amik cuti...keadaan kesihatan kurang mengizinkan...banyak reten yang perlu disiapkan menjelang 2013...walaupun cuti bersalin,kerja banyak yang perlu dibuat sebab masing2 perlu menyelesaikan kerja yang tertunggak...harapnya saya dapat menyiapkan semuanya dengan jaya...insya allah..semoga saya akan terus cemerlang dan komited dengan tugasan yang telah diamanahkan...berkhidmat untuk rakyat selamanya...insya allah....

SELAMAT TINGGAL 2012,
SEMOGA SEGALA KENANGAN YANG INDAH ITU TERUS TERPAHAT DIHATI,
DAN KESAKITAN ITU BERLALU BERSAMA ANGIN LALU...
SEMOGA SEGALA KESAKITAN ITU AKAN MENJADI PEDOMAN UNTUK KEHIDUPAN PADA MASA AKAN DATANG...
DAN SEMOGA SEGALA YANG INDAH ITU MENJADI YANG TERINDAH SELAMANYA....


Inilah permata hati saya selamanya..Saya amat sayang kamu berdua ketat-ketat...XOXOXO

2 comments:

misz beauty said...

Eeh tak tau pun ieda ada blog... Hehehhee ;-)

Kite dah follow awak ;-)

Zalieda said...

ok i follow u..nt i ltk kat sidebar..hehehhe