Tuesday 4 August 2009

Monolog...#4

Peritnya ditikam duri itu
Terasa hingga ke dasar hati
Hatiku terasa sakit
Pabila tusukan itu terus membenam
Aku tidak terdaya untuk mengubatnya
Lantas ianya terus terluka dan berdarah
Hingga titisan yang terakhir itu
Buat aku menjadi lemah
Apakah daya yang aku ada?

Biarla duri itu meratahi aku
Tatkala ia merasakan ia mampu bermaharajalela
Aku akan tetap teguh
Cuba untuk mengubati kesakitan itu
Walau luka itu akan terkesan dan berparut
Aku tetap pasrah....
Kerana aku yakin aku pasti menempuhi
Semua ini...

No comments: