Monday 27 July 2009

Bintang Yang Pergi


"I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink"


Itulah Yasmin Ahmad...Arwah memang tidak pernah mengenali aku atau bertemu dengan aku...tetapi aku adalah peminat setia semua hasil nukilan nya..bersahaja tapi penuh makna yang tersirat..yang terlalu ditakuti oleh orang yang tidak memahaminya kerana hasil fikirannya yang ikhlas tentang realiti kehidupan...bagi aku...begitu sukar untuk mencari pengganti sepertinya...kerana arwah berkarya bukan kerana nama..bukan kerana apa...tetapi merasakan jiwanya meronta untuk berkongsi rasa dalam dirinya...dalam masyarakat kita khasnya....


Dialah sebutir bintang yang pergi tatkala aku rasa belum puas untuk meratahi hasil nukilannya yang ikhlas itu...Keberaniannya untuk mengutarakan sesuatu isu membuatkan aku terfikir mengapa masih ada yang takut menerima hakikat bahawa masyarakat kita hidup dalam filem2 yang arwah ketengahkan...mungkin rasa malu..lalu betah menidakkan kebenaran walhal itulah yang sedang mencengkam akar kehidupan kita...

Walau apa pun yang orang kata...bagi aku arwah Yasmin Ahmad adalah pengarah / pencetus seni yang ikhlas dalam menghasilkan karyanya..asli dan segala mesejnya amatlah mendalam..


Moga roh arwah Yasmin Ahmad sentiasa dicucuri rahmat dariNYA dan sentiasa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AMIN...

No comments: