Thursday 23 July 2009

Siapakah Kartika?

Bila baca paper ari nie...aku terpanggil untuk berkongsi isu yang telah aku baca....

Kartika adalah wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating.Dia meminta hukuman itu dilaksanakan secepat mungkin.

"Hukuman dunia saya akan terima, hukuman di akhirat biar Allah tentukan."

"Ia bukan sahaja memalukan saya tetapi menghina seluruh keluarga"

"Saya harap hukuman dapat dijalankan secepat mungkin agar memberi pengajaran kepada orang lain,'' katanya dengan linangan air mata pada sidang akhbar di Yayasan Perak semalam.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai.

Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

Bapa kartika juga mengakui itu adalah kecuaian anaknya sendiri yang sebelum ini telah diberi pendidikan agama termasuk pengajian sekolah pondok..
Berdasarkan artikel berikut...aku harap ianya akan menjadi pengajaran kepada semua umat islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya.

Bersamalah kita bermuhasabah diri dan bertawakal kepada Yang Maha Esa...Insya Allah....






2 comments:

~ Ija ~ said...

adehhhh..atitnyer kena sebat..

okedkama said...

salam..
gua tak hebat mane..cume gua harap tade la dnde tuh..dlm islam tak soh pon mintak2 dwet org..da sebat pon nk denda?nk jln hukum tp mcm tsala je hukum yg direka..yg minum bkn dikhalayak ramai?di pub hotel plak?